Ulasan Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) TV
Pesanan Khidmat Masyarakat yang dibawakan khas oleh stesen TV3 ini adalah peringatan terutamanya kepada kaum wanita supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah dan rayuan lelaki yang tidak dikenali.
Ulasan yang dapat dikongsikan ialah pesanan khidmat masyarakat ini bertujuan untuk memberi peringatan tulus kepada penonton-penonton TV3 tanpa tujuan untuk menjual atau mempromosikan sebarang produk atau servis.
Seterusnya ialah pesanan khidmat masyarakat ini juga menepati Tarikan Etika (Ethical Appeals) iaitu pesanan khidmat masyarakat ini disampaikan oleh individu yang dikenali ramai. Watak wanita dalam pesanan khidmat masyarakat ini ialah pelakon yang dikenali ramai iaitu Elisha Sandha.
Selain itu ialah pesanan khidmat masyarakat ini juga menepati Tarikan Mengikut Logik (Logical Appeals) bermaksud pesanan khidmat masyarakat ini berlandaskan fakta untuk menyakinkan para penonton. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam pesanan khidmat masyarakat menekankan agar kaum wanita supaya sentiasa berhati-hati dengan lelaki yang tidak dikenali, oleh kerana terdapat banyak isu-isu kaum wanita yang tertipu dengan helah, jani-janji manis dan rayuan oleh kaum lelaki.
Akhir sekali, ialah pesanan khidmat masyarakat ini juga menepati Tarikan Emosi (Emotional Appeals) bermaksud pesanan khidmat masyarakat ini disampaikan dengan emosi dan perasaan berbanding dengan menyampaikan dengan sebab. Seperti yang didapati di dalam pesanan khidmat masyarakat lakonan semula agar dapat menimbulkan emosi dan menyentuh hati penonton-penonton dengan lebih berkesan.
Comments
Post a Comment